Tuesday 19 May 2015

honeymoon to Bali jun 2014

Trip ke Bali ni adalah pertama kali aku n hubby pergi melancong ke luar negara berdua saja.Kami pergi ke Bali selama 3 hari 3 Malam.. Kami naik flight Airasia 1 petang pada 30 mei 2014 dan pulang flight jam 10 malam dari Bali.
Day 01
Flight kami jam 1 petang, tapi sesuatu yang tidak diingini telah berlaku delay selama lebih kurang 2 jam. Bayangkan kami duduk dlm pesawat lebih kurang 2 jam..hanya kerana kesilapan org lain.. habis 1hari nye plan kat bali.. so kami sampai bali dah lewat lebih kurang kul 6 petang..
Kami tinggal di floral kuta hotel.. menurut supir kami, fatah.. hotel ini adalah antara hotel terawal di Bali..so bley bayang x macammana keadaanye.. kami tempah dengan agoda.. sejak tu, bila aku beli ngan agoda aku mesti tengok bila hotel dibina.. makesure new hotel because the facilities must be good condition. Okla.. lepas dah check in.. solat.. kami kuar semula layan bandar kuta.. oleh sebab trip kami singkat, so tak boleh buang masa...
Day 02
Awal2 pagi kami dh breakfast di hotel sbb floral hotel ni halal.. sbb tu kami amik hotel ni.. hari kedua adalah hari yang paling memenatkan.. banyak tempat yg kami nak pi hari ni.. kebetulan hari ni adalah hari raya bagi masyarakat bali.. sambutan hari raya galungan dan kuningan.. mereka semua memakai baju tradisi mereka.. yang perempuan pakai baju kebaya n kain batik n lelaki pakaian mereka sendiri.. jadi..setiap temple yg kami pergi ramai sangat orang.. apa2 pun..seronok jg dpt tgk tradisi n budaya mereka.. mereka menganuti agama hindu kuno.. x sama dgn hindu di malaysia yg dikatakan hindu moden.. setelah melawat temple kami pergi ke acara wajib tengok bila pi bali iaitu kecak dance..best sangat sambil mengadap matahari terbenam.. selepas kecak dance kami pergi makan di tepi pantai..
Day 03
Kami pergi ke pura yang ada pada wang kertas indonesia.. tempat tu cantik sangat.. mula2 supir kami xnk pi tempat tu sbb agak jauh..namun atas keras kepala aku..x kira nak pi gak.. hehehe.. tempat tu mmg jauh.. kena naik bukit turun bukit..tapi berbaloi sebab cantik tempat tu..lepas tu kami pergi ke pura tanah lot dan menghabiskan saki baki duit yang tinggal.. di tanah lot anda bley tawar menawar barangan dgn harga yg murah.. nasihat aku lebih baik beli souvenir di tanah lot..harga lebih murah berbanding tempat lain. Aku x boleh lama disini sebab kami kejar masa untuk balik ke msia..
Seronok sangat pergi ke bali dan aku ingat akan pergi semula tapi pergi ke kawasan pantai plak..
Restoran halal ye
Sekitar kawasan the floral kuta
Sambutan hari raya galungan dan kuningan 
sunset sewaktu kecak dance
kecak dance
makan malam di Jimbaran
inila pura yang ada pada wang kertas rupiah
Pura tanah lot

No comments: