Wednesday, 10 February 2016

Ride gong xi fat chai

6.2.2016
Day 1
Penang- Pran buri

Cuti dtg lagi... yahoo... ride kali ni kami pergi bersama ritemate paling awesome iaitu kak ida n abg hasnul..
Ride kali ni agak panjang.. kami bertolak dr penang jam 5 pagi dan kami sampai di Pran buri jam 8 malam... total distance lbh krg 1000km... jauh kan.... plan asal kami nk terus ke samut songkram tetapi disebabkan dh malam kami berhenti n check in di M Hotel dekat Pran Buri..
Kami makan sarapan di changlun, makan tengahari di khun sarai dan makan mlm maggi saja..

7.2.2016
Day 2
Pran buri - ayutthaya  - lop buri - samut songkram

Pada pagi ini kami sarapan di Restoran Abd Manaf ( N 12.81563° E 099.94094) di cha am. Cuaca di sini sgt sejuk 18°C kerana fenomena el nino. Tp memang best la ride dlm sejuk ni. Walaupun keadaan cahaya matahari terik, tapi.. angin sejuk... best giler...
Perjalan diteruskan ke ayutthaya  melalui samut sakhon dan pinggir bandar bangkok. Byk perusahaan garam dpt dilihat di sepanjang perjalanan. Kelihatan seperti  petak2 sawah padi.. terdapat petak yang penuh dgn air dan ada juga petak yang penuh berwarna putih macam kristal. Mungkin petak2 yg penuh dgn air itu adlh air laut bila dibiarkan lama, ia akan tersejat dan garam pun terhasil. Di bahu2 jalan terdapat banyak peniaga yg menjual garam.. tapi, kami x singgah utk membelinya.. x berminat utk beli garam, buat berat motor je... hahhaha...
Kereta semakin byk bile menghampiri bandar Bangkok dan jalan juga sedikit mengelirukan..berpusing juga kami mula2 ..tp nasib cuaca sejuk..so xdela stress sgt hehe.. jalanraya bangkok bertingkat2 dan banyak lane, kami sendiri keliru berpandukan gps... setelah penat berpusing2, akhirnya kami memasuki laluan yang betul untuk ke ayuthaya..
Ayuthaya sebuah daerah yang sangat cantik n terdapat banyak candi2...


1 comment:

shahril husin said...

More pictures please..��